Blog

Kalau kita merasakan bahawa kita masih ada kesedihan lampau, itu tidak mengapa.

Baru-baru ini di dalam sesi usrah refleksi al-Quran di Telegram saya, ada beberapa peserta kongsikan ayat ini. Kali terakhir saya berinteraksi dengan Surah Yusuf ialah 5 tahun yang lalu. Waktu itu, saya meluangkan masa yang sangat lama, menyelak tafsir demi tafsir, menekuni segala jurnal berkaitan Surah Yusuf. Boleh saya katakan, tempoh itulah antara tempoh terpuasContinue reading “Kalau kita merasakan bahawa kita masih ada kesedihan lampau, itu tidak mengapa.”

Pagi Bersama Mak dan Ayah

“Cek, bangun! Mak siap dah nih.”  Saya menggenyeh mata yang masih mengantuk, kemudian menarik selimut toto busuk berwarna oren, melitupi kepala.  Mak menampar punggung. “Cepat!, sat lagi ayah marah,” tambahnya lagi. Mak menuang air teh o, menuang nasi goreng putih dua senduk, dan telur mata separuh masak mak letak piringnya sebelah pinggan, dibanjiri kicap danContinue reading “Pagi Bersama Mak dan Ayah”

Menoktahkan Seperenggan Rindu

Ketika matari masih terbit dan engkau enak tidur bersama buku-bukumu, aku sempat menoktahkan seperenggan rindu. Bagiku, tak ada pagi yang lebih menyerikan dari pagi ketika jawabmu di lewat whatsapp memberitahu, engkau baik-baik sahaja. Aku mahu mencelah di baris notakaki ketika kau berusaha menulisnya mengikut tertib, agar kau tahu ada seseorang yang sedang memerhatimu. Aku mahuContinue reading “Menoktahkan Seperenggan Rindu”

Teruntuk Maryam yang Dulu, Maryam yang Sekarang dan Maryam yang Akan Datang.

  8 September 2019 (tahun lepas) saya mendapat pesanan daripadanya. Saya rakamkan di sini sedikit sebanyak perbualan yang wujud dengan tiba-tiba setelah hampir tiga tahun tidak bersua. “Salam Abang Faiz. Hehe.” “Waalaikumussalam. Hoi.” “Woi. Hahaha, Busy nooo.” “Ada apa Yam? Weekend. Rehat. Haha.” “Abang Faiz. Pilihan. Macam mana…” “Hmmm.” Perbualan 8 September ini berlanjutan danContinue reading “Teruntuk Maryam yang Dulu, Maryam yang Sekarang dan Maryam yang Akan Datang.”

Tentang Kesempatan

24 Oktober 2020. Hari yang nyaman. Kerongkong terasa begitu kering. Matahari merunduk; sesal kerana terlalu membahang. Manusia mengurung dalam rumah sendiri. Juwita sudah mula belajar merengek olok-olok. Ketika dia menangis meminta-minta perhatian, ada ruang dan senjang yang membuatkan saya, seorang abah, memikir ulang banyak hal. Beberapa hari yang lepas, saya, isteri dan seorang rakan berbualContinue reading “Tentang Kesempatan”

“The Art of” Tidak Peduli

Jam 11.30 malam. Selepas Juwita tidur, baru saya sempat membuka komputer riba dan mula menulis. Hal ini sudah lama membusung dalam kepala saya. Sejak beberapa minggu sudah, topik ini berpusar dalam fikiran. Macam kata Shahnon dalam buku Weelstanchauung, topik atau idea ialah makhluk yang akan menghantui seorang penulis selagi penulis tidak menulisnya. Jadi malam ini,Continue reading ““The Art of” Tidak Peduli”

Mengenang Pejuang Merdeka Yang Hilang Dalam Jalur Sejarah

1937, gelombang perubahan minda secara global tidak terlepas sampai juga kepada nusantara, kepada insan bernama Ibrahim Yaakob. Tidak dinafikan, idea “Melayu Raya” adalah cakupan daripada Tan Malaka. Ibrahim Yaakob menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai wadah menyebarkan ideologi kemerdekaan. Bukan senang. Awal 20-30 an begitu, rakyat masih kering kontang terhadap idea kemerdekaan. Beruntung Jepun masuk.Continue reading “Mengenang Pejuang Merdeka Yang Hilang Dalam Jalur Sejarah”

Kita Dipilih, Kita Diiktiraf, Kita Diagungkan, Sebab Itu Kita Didengki.

Jam 7.09 pagi, 9 Ogos 2020. Saya melihat ke luar jendela, kabus pagi masih tebal berambal-ambal memayungi pepohon dan rumah-rumah yang bertaburan. Dingin pagi menyucuk hingga ke sum-sum. Terasa nyaman. Usai Subuh, saya menyelak al-Quran, meneruskan rutin bacaan harian. Saya tiba di Surah Al-A’raf lagi. Saya dipersembahkan dengan permintaan iblis untuk menjadi makhluk-makhluk yang ditangguhkan.Continue reading “Kita Dipilih, Kita Diiktiraf, Kita Diagungkan, Sebab Itu Kita Didengki.”

Ketika Orang Lain Bercakap-cakap Tentang Kita dan Kita Tidak Tahu Harus Melakukan Apa

Jumaat 24 Julai 2020. Hari yang baik. Cuaca pun cerah. Dua tiga minggu ini saya banyak berulang alik dari Wangsa Maju, Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Di setiap perjalanan saya; hujan tidak mahu reda. Hujan itupun fana, seperti Sapardi dan seperti kita semua. Saya sering menyoal diri sendiri. Memandu menjadikan saya ramah dengan diri sendiri. BanyakContinue reading “Ketika Orang Lain Bercakap-cakap Tentang Kita dan Kita Tidak Tahu Harus Melakukan Apa”

Soneta Buat Juwita: Dimamah Dewasa

Saya tidak dapat mengamati Yuval Noah Harari secara laju. Satu, bukunya tebal. Dua, jiwa saya terasa sendat memikirkan ketidakseimbangan dunia yang dipersembahkan. Kadang saya mahu lari dari segalanya. Duduk diam-diam di rumah, baca buku, menonton Juwita dalam-dalam dan bercerita kepadanya tentang pari-pari yang mati menikam diri sendiri. Saya membuka fail baru di komputer riba, menyimpannyaContinue reading “Soneta Buat Juwita: Dimamah Dewasa”

Loading…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.


Follow My Blog

Get new content delivered directly to your inbox.