Bagaimana Sekiranya ini ialah Ramadan Terakhir Kita?

Ketika kami sedang asyik membahas “al-Tahrir wa al-Tanwir” karangan Ibn ‘Asyur, seorang rakan bertanyakan soalan ini kepada saya: “Kenapa ayat tentang bulan Ramadan dengan ayat tentang kewajipan berpuasa turun dalam dua ayat berbeza?” Soalan ini menyebabkan saya murung sekejap. Saya balik rumah, belek beberapa tafsir, renung sedikit ayat tentang berpuasa dan Ramadan dalam Surah al-Baqarah.Continue reading “Bagaimana Sekiranya ini ialah Ramadan Terakhir Kita?”

Ketika Kita Sudah Tidak Lagi Mahu Meluahkan

Petang itu hujan tidak jadi turun. Mukanya masih ceria. Tote Bag-nya diletak di tepi sofa. Saya dan isteri duduk betul-betul di hadapannya. Televisyen tidak dipasang. “Apa khabar?” Seperti dirancang, hujan petang itu memang tidak jadi turun. Cerita yang akan saya ceritakan ini sebuah kisah benar. “Sudah tonton Marriage Story?” Saya bertanya. Saya kuatkan kipas, betulkanContinue reading “Ketika Kita Sudah Tidak Lagi Mahu Meluahkan”

Menonton Romance is a Bonus Book

Terus-terang saya katakan, saya dinamik. Begini. Saya boleh menonton dengan tekun Inception, menghurai dengan mendalam Interstellar, dan mencanang kepada ramai orang untuk menonton The Platform. Tetapi saya tidak boleh membiarkan diri saya terpenjara dengan kebengisan plot atau jalan cerita. Saya tidak boleh membeban diri dengan kekosongan yang wujud dalam The Platform. Saya tetap akrab denganContinue reading “Menonton Romance is a Bonus Book”

Jika Penulis Berhenti Menulis, Dunia Kiamat

Kali terakhir saya menulis blog ialah dua tahun lepas. Dari WordPress, berpindah ke Wix, kemudian selepas saya tahu Wix ialah syarikat yang ditubuhkan oleh Israel dan beroperasi di Israel, saya tarik semula domain yang saya bagi kepada mereka dan kembali kepada WordPress. Kesannya, saya tidak berjaya memuat naik semula secara auto segala hantaran yang lepas.Continue reading “Jika Penulis Berhenti Menulis, Dunia Kiamat”

Mungkin Merasa Bosan Ialah Apa Yang Kita Perlukan

Saya sunting semula sebuah artikel yang pernah saya tulis lima tahun lepas untuk disiarkan di blog sendiri. Waktu itu saya mempunyai kegilaan membaca tentang seorang ahli falsafah terkenal Jerman, Friedrich Nietzcshe. Saya terperangkap dalam memahami apa maksud sebenar amor fati yang Nietzcshe cuba sampaikan dan saya keliru untuk menggariskan dengan jelas perihal good dan evilContinue reading “Mungkin Merasa Bosan Ialah Apa Yang Kita Perlukan”