SEMENTARA MENUNGGU BAS NO.36

21 Feb
Ada banyak perkara yang menjadikan saya orang yang biasa pada hari ini. Antaranya ialah menunggu matahari terbit dan mengharapkan hari ini awan tidak terlalu mengamuk sehingga melindungi cahaya matahari. Di depan jendela kecil di rumah (sebuah rumah berkonsep studio) saya...
Read more »

INTIM

21 Feb
Akhirnya buku Like The Flowing River sampai kepada saya. Saya membelinya dengan harga $0.05 di Amazon dan ia tidak mengambil masa lebih daripada empat hari bekerja untuk sampai di tangan saya. Di sini tempat Amazon bermaharajalela. Sebelum saya menggeledah Amazon...
Read more »

MEMORI

21 Feb
Saya sentiasa menganggap bahawa kenangan ialah makhluk yang disalah sangka. Kita menyangkanya hidup hanya di masalalu tetapi ia hidup selama-lamanya. Memang kenangan ialah sementara. Tetapi sementaranya ialah sementara yang abadi. Saya tidak mahu kalah dengan sementara; atau dengan kenangan. Saya...
Read more »

THE WRITERS’ MUSEUM

7 Feb
Aku berjalan sekitar Princes Street dan memerhati berulang kali ke arah monumen Scott. Argh, seorang penulis yang hidupnya penuh susah-payah akhirnya diangkat menjadi tokoh paling ternama Scotland. Aku masih ingat harga $200 kitab ulung Scott yang berjilid-jilid dengan judul “The...
Read more »

KAFE & KARYA

3 Feb
  Sesetengah orang menganggap hobi melepak di kafe dan minum kopi sangat membazir walaupun mereka sendiri terlupa mengira berapa banyak mereka keluarkan hanya untuk mendapatkan data internet yang laju supaya sekali skrol di Facebook, mereka takkan terlepas mana-mana video yang...
Read more »

JANUARI DI EDINBURGH

3 Feb
    1 27/1/17 6.30 Pagi. Aku sampai ketika Edinburgh -2 darjah selsius dan aku tidak punya jaket penahan sejuk yang sesuai. Aku cuma menempah Uber daripada lapangan kapalterbang terus ke Beaverbank Place. Aku tidak membenarkan isteri datang menjemput pagi-pagi...
Read more »

ADA APA DENGAN 1 DISEMBER?

1 Dec
1 Disember 2016… Apa yang berubah? Terlalu banyak. Apa yang baru? Terlalu rumit. Apa yang telah ditinggalkan? Terlalu kabur. Hujan lebat. Tinggal cuma sekujur tubuh yang tidak mengerti apa-apa. Gelita. Dosa-dosa. Semuanya merasuk, menggoncang, meruntuhkan pulau-pulau kegembiraan yang sudah perlahan...
Read more »

MIMPI BURUK & SEORANG PENULIS

29 Nov
Pernah mimpi buruk? Pernah suatu masa mimpi buruk itu datang berulang-ulang dengan babak yang berlainan tetapi temanya tetap sama? Seperti masa lalu, aku membayangkan mimpi buruk itu seekor gergasi yang nampak ganas tetapi tidak berani bersemuka depan-depan. Ia cuma mengganggu...
Read more »